Khamis, 24 Jun 2021

LAPORAN E-FOLIO PROJEK SAINS DAN PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

TAJUK PROJEK SAINS 

"SOLAR FAN"


NAMA PENSYARAH
:- PUAN NORMA BINTI CHE HASAN

PROGRAM :- DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KELAS :- DKM 2B

SESI :- DISEMBER 2020

KUMPULAN :- KUMPULAN 5 (De Al-Fain)

AHLI KUMPULAN
  1. ARIF AFANDI BIN MUHAMMAD HILMI (04DKM20F1020)
  2. MUHAMMAD LUKMAN BIN ROMZI (04DKM20F1056)
  3. MUHAMMAD FAIZ AIMAN BIN MOHD YUNOS (04DKM20F1058)
  4. MUHAMMAD IFRAN HANAFIAH BIN ZAMRI (04DKM20F1018)







PENGENALAN


Tenaga suria atau lebih dikenali tenaga solar adalah salah satu daripada sumber alam semulajadi yang boleh dijadikan sebagai sumber tenaga untuk kegunaaan seharian kita. Ia merupakan sebuah teknologi untuk mendapatkan tenaga yang bersumber daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lalu. Dan ia juga telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, samada di kawasan terpencil mahupun di angkasa lepas. Pada hari ini kumpulan kami ingin membentangkan sebuah mini projek yang telah kami ciptakan dengan menggunakan tenaga solar ini yang dinamakan ‘Solar Fan’ atau kipas solar.




TUJUAN PROJEK


Sistem Solar Fan ini dibangunkan bertujuan membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik selaras dengan langkah-langkah penjimatan dalam pengurusan kewangan secara berhemah.

Projek ini juga selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta dapat meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia kepada alam sekitar. Objektif Teknologi Hijau akan tercapai melalui penjimatan tenaga atau penjimatan sumber asli dengan menggunakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui yang dilaksanakan dalam projek ini.

Melalui Sistem Solar ini, pengunaan sumber tenaga solar atau tenaga matahari (pencahayaan semulajadi) dapat dimaksimukan melalui alatan sensor yang telah kami gunakan di dalam projek kami ini.






KAEDAH PERLAKSANAAN


Sistem ini dibangunkan melalui kajian daripada sumber maklumat daripada journal, laporan dan data daripada syarikat pengeluar peralatan solar dengan gabungan idea serta tambah nilai dilaksanakan oleh ahli kumpulan kami.





BAHAN-BAHAN DAN KOS



BILAH KIPAS MAINAN


SUIS ON/OFF



PANEL SOLAR



WAYAR

KAYU TERPAKAI


MOTOR A/C


BAHAN

HARGA (RM)

Panel Solar

6.50

Papan Kayu Terpakai

0.00

Bilah Kipas Mainan

2.00

Wayar, Suis ON/OFF Dan Motor A/C

5.00

JUMLAH

13.50
















KELEBIHAN

 

1. Menjimatkan penggunaan elektrik.

2. Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

3. Dapat digunakan ketika kecemasan (ketiadaan elektrik).



KEGUNAAN


1. Boleh digunakan di mana-mana tempat yang selagi mana memperoleh tenaga suria

2. Dapat menyejukkan suhu sekitar.

3. Menghasilkan tiupan angin yang dapat menyamankan pengguna.




PRINSIP SYARI'AH ISLAM


TAWAZUN (KESEIMBANGAN)


Tawazun menurut bahasa bermaksud Keseimbangan atau Seimbang. Manakala dari segi istilah Tawazun merupakan suatu sikap seseorang yang mampu untuk mengimbangkan kehidupannya di dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Rezeki tersebut hendaklah dicari secara halal dan dilaksanakan dengan cara yang betul.

Dalam waktu yang sama, kita juga sebagai hambaNya dituntut mencari bekalan amalan sewaktu berada di dunia ini untuk dibawa ke akhirat kelak. Maka, sikap tawazun ini perlu diimplikasikan di dalam kehidupan seharian kita agar kita tidak lara dan dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan. Sesungguhnya akan ada ganjaran yang menanti kita sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Jadi, sifat Tawazun ini telah kami laksanakan di dalam projek Kipas Solar kami. Projek ini perlu dibina dengan teliti dan seimbang bagi mengelak berlakunya kerosakan yang tak terduga. Seperti sedia maklum, Kipas Solar ini bersumberkan tenaga suria. Kami telah mengkaji dan membuat penyelidikan ke atas jumlah kapasiti arus tenaga yang perlu digunakan untuk menghidupkannya. Dari situ kami telah seimbangkan kapasiti arus tenaga yang perlu dengan membeli Panel Solar yang berkapasiti betul. Hal ini dapat menjaminkan lagi keselamatan daripada berlakunya kerosakan disebabkan arus berlebihan.


RABBANIAH (KETUHANAN)


Prinsip ini menjelaskan Syariah Islam adalah dicipta dan di susun oleh Allah S.W.T. Selain Itu, segala kandungannya yang meliputi aspek, aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.

Seterusnya, alam terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah S.W.T. dan seluruh ciptaan alam adalah milik Allah S.W.T.

Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam miliknya, Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T. dan menginsafi keangungannya. Akhirnya para saintis , teknorar , dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan.

Sebagai projek kipas solar adalah penting untuk mematuhi prinsip Rabbaniah kerana semua keperluan untuk membuat kipas solar datangnya melalui ciptaan khazanah alam semulajadi dari Allah S.W.T. Contohnya tenaga solar, bagi menghasilkan tenaga kuasa supaya kipas solar berfungsi .



MUTLAK & MURUNAH (TETAP & ANJAL)


Thabat bermaksud (tetap atau tidak berubah). Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan di ubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum hakam amaliyyah yang dinyatakan secara pasti dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Begitu dengan projek kipas solar ini yang mesti sumber tenaga untuk menggerakkan kipas supaya berfungsi dentgan baik. Jadi, kami memutuskan untuk menggunakan tenaga suria daripada matahari sebagai sumber tenaga untuk mengfhidupkan kipas ini dan boleh di cas dengn panel solar yang diletakkan di bawah sinaran matahari yang kedudukannya mestilah static sewaktu pengecasan untuk menggunakan kipas tersebut.

Al-Murunah iaitu (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara dasar tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini menjadikan agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT sentiasa sesuai dan bersifat senang dan mudah diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali menyusahkan umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Oleh sebab itu, projek kipas solar ini sangat sesuai dibawa kemana-mana untuk digunakan kerana hanya menggunakan tenaga suria untuk berfungsi. Ianya juga ringan serta mudah untuk di simpan walaupun ruangan yang kecil.





WASATIAH


Wasatiah bermaksud kesederhanaan dalam konteks ajaran Islam, wasatiah memberi maksud segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana dan tidak estrem. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan tertentu. Contohnya solat fardhu perlu dilakukan secara berdiri tapi diberi kelonggaran bagi yang sakit untuk duduk.

Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua pekara. Contohnya antara kaya dan miskin maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih baik.

Oleh itu, prinsip wasatiah ini berkait dengan projek kami. Ini kerana dengan menggunakan tenaga solar kita dapat membantu memulihkan alam kerana untuk menggunakan tenaga solar kita tidak perlu untuk menebang pokok-pokok atau memusnahkan eko-sistem alam semulajadi. Dengan tenaga solar juga kita dapat membantu orang-orang yang memerlukan kerana ianya tidak memakan bajet yang banyak.






PERANAN SYARI'AH ISLAM


MEMELIHARA AKAL


Akal merupakan anugerah utama bagi tubuh badan manusia. Jika digunakan akal untuk
berfikir secara maksimal ianya mampu menandingi ribuan komputer.

Oleh tu, tanpa kita sedar kita hanya menggunakan 3 hingga 5 peratus daripada kemampuan sebenar akal kita. Islam juga melarang kita daripada melakukan pekara yang mampu merosakan akal seperti meminum minuman yang memabukkan, mengambil pil-pil yang mengkhayalkan dan membaca bahan bacaan yang mampu merosakkan ketajaman minda kerana kita ingin menggunakan akal sebaik mungkin.

Oleh itu, penggunaan tenaga solar dalam projek tipas solar kami membuktikan bahawa dengan menggunakan akal sebaiknya kita dapat melakukan pekara yang tidak disangka. Ini kerana penggunaan tenaga solar ini agak kompleks dan rumit untuk dibuat.



MEMELIHARA AGAMA


Peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
Andai kata berlaku sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan seksaan dan didikan akan dilaksanakan.
Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambil kira kesannya terhadap kemuliaan dan kesucian agama.
Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud.




MEMELIHARA NYAWA


Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadikan keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.

Contohnya, manusia perlu berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa melakukan sesuatu projek seperti kipas solar yang mengalirkan tenaga elektrik melalui tenaga solar boleh menyebabkan seseorang terkena renjatan elektrik.

Selain Itu, syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.

Contohnya, projek kipas solar kurang berisiko untuk merosakkan nyawa manusia kerana ianya tidaklah berbahaya, dengan mengikut prosedur langkah keselamatan, projek ini tidaklah berisiko.




MEMELIHARA MARUAH


Syariah Islam menetapkan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia.
Dengan memelihara agama, maruah juga akan terpelihara. 
Orang yang beriman akan sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya.
Segala kajian yang melibatkan Sains Teknologi dan Kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat islam.
Tindakan yang membelakangkan marauah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan besar.
Atas nama pembangunan, permodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.
Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah berpunca daripada kealpaan para saintis, teknorat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia.
Hukum-hakam dalam syariah islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakan dan menghancurkan maruah seseorang.
Begitulah juga dengan penghasilan projek kipas solar ini yang boleh digunakan oleh semua individu. 
Contohnya, digunakan untuk mengeringkan peluh supaya dapat mengurangkan bau badan sekiranya berada dekat dengan individu yang lain agar tidak dihina oleh orang lain.



PELAKSANAAN SYARI'AH ISLAM




UTAMAKAN YANG UTAMA

  1. MENDAHULUKAN AWLAWIYAT DAN MENGELAkKAN KEMUDHARATAN
  2. MENDAHULUKAN URUSAN YANG WAJIB
  3. MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN UMUM
  4. MEMELIHARA PERANAN SYARIAT
  5. MEMAKMURKAN ALAM

PELAKSANAAN KAJIAN MENEPATI SYARIAT

  1. MENGUTAMAKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM MEMBANGUNKAN ALAM.
  2. PERATURAN DAN HUKUM MENJADI ASAS RUJUKAN SETIAP PROSES KERJA.
  3. SEBARANG CIPTAAN MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN PRINSIP DAN ETIKA SYARIAT ISLAM.
  4. KEGAGALAN MENGIKUT PROSEDUR MENYUMBANG KETIDAKSTABILAN DAN KEPINCANGAN PENGURUSAN ALAM.

Oleh sebab-sebab tersebut, penghasilan kipas solar ini sama sekali tidak akan merosakkan alam, kerana ia menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kualiti baik dan halal serta bersumberkan tenaga suria untuk menggunakannya. Hal ini dapat mengelakkan alam sekitar daripada tercemar dan dapat menjaga ekosistem alam dengan lebih baik kerana kurangnya pencemaran alam sekitar.



MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI


Syariah Islam menetapkan prinsip mencegah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia agar manusia sentiasa berfikir tentang kesan baik atau kesan buruk yang mungkin berlaku akibat keputusan mereka.

Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga alhir. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kemalangan atau salah guna agar kita dapat melindungin diri bersama.

Contohnya, penggunaan tenaga solar amat meluas. Projek yang kami buat hanya untuk menunjukkan potensi tenaga solar. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah keselamatan agar tiada pihak menggunakan tenaga solar dengan salah.




AKIDAH DIUTAMAKAN SYARIAT DIDAHULUKAN


Aqidah merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik di sisi Allah S.W.T. tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua Pelaksanaan hidup manusia, manakala Syariat pula adalah peraturan Allah S.W.T. untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat. Sebagai projek penbuatan kipas solar dibuat berpandukan aqidah. Contohnya, membuat suatu projek yang selamat digunakan dan tidak mengancam bahaya kepada orang lain tetapi boleh memberi kehendak dan manfaat kepada pengguna, seperti kipas solar. Manakala dari segi Syariat, iaitu kipas solar adalah mengikuti Syariat Islam, contohnya, menggunakan barang-barang mengikut peraturan dalam Islam dan kaedah-kaedah sains Islam supaya mendapat rahmat dan berkat dari Allah S.W.T.


VIDEO PENERANGAN PROJEK 

"SOLAR FAN"






Selasa, 25 Mei 2021

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

 

TAJUK

Penemuan Sains Membuktikan Kebenaran 

Al-Quran 


DKM 2B

 

NAMA

NO MATRIK

MUHAMMAD IFRAN HANAFIAH BIN ZAMRI

04DKM20F1018

ARIF AFANDI BIN MUHAMMAD HILMI

04DKM20F1020

MUHAMMAD LUKMAN BIN ROMZI

04DKM20F1056

MUHAMMAD FAIZ AIMAN BIN MOHD YUNUS

04DKM20F1058



PENGENALAN

Kalau kita mengkaji Al-Quran, banyak perkara yang kita akan saksikan atau

yang kita lakukan sudah diterangkan dalam Al-Quran. 

Walaupun kita tahu tentang kebaikan membaca Al-Quran,

tetapi masih banyak intipati Al-Quran yang patut kita pelajari. 

Dengan mempelajari isi kandungan Al-Quran, kita 

akan lebih memahami dunia termasuk jugak perkara-perkara yang

ditemui oleh ahli sains.

Berikut merupakan beberapa penemuan sains yang dibuktikan oleh

kalam-Nya (Al-Quran) ;


1.   Kejadian manusia



Ahli biologi menemukan bahawa manusia terjadi daripada gabungan sperma

yang datang dari air mani dan ovum (telur) yang dikeluarkan daripada ovari

kaum hawa. Gabungan sperma dan ovum ini membentuk zigot yang

seterusnya membentuk embrio. Proses pembentukan ini kemudian diteruskan

daripada segumpal darah sehingga bayi yang ada dalam kandungan diupkan

roh.



PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN




Penemuan para ilmuwan barat ini berlaku pada tahun 1940 tetapi proses

telah tertulis dalam Al-Quran sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ada antara

ilmuwan memeluk Islam setelah mendapat tahu bahawa kebenaran yang

tertulis dalam Islam dan ini menunjukkan betapa hebat Al-Quran.

Kejadian manusia ini tertulis dalam Al-Quran dan dalam surah yang berikut

cukup jelas menerangkan tentang manusia.


 Surah Al-Mu'minuun - سورة المؤمنون

 

Ayat 12-14;

 



12. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah” (Al-Mu'minuun Ayat ke-12)

 



13. “Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh” (Al-Mu'minuun Ayat ke-13)

 


“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” 

(Al-Mu'minuun Ayat ke-14)



      2. Garis peredaran matahari dan bulan



PEREDARAN PLANET


 Para sains menemui bahawa planet-planet mengelilingi matahari manakala

bulan pula mengelilingi bumi. Mereka juga menerangkan bahawa planetplanet dan bintang-bintang ini mempunyai garis peredarannya yang tersendiri.

Penemuan oleh sains ini merupakan satu penemuan yang begitu hebat.

Walaupun sehebat mana pun penemuan ini, ia sudah tercatat dalam AlQuran. Bukan itu sahaja, Al-Quran juga menerangkan fenomena alam ini

dengan begitu teli satu per satu. Diterangkan dalam Al-Quran bahawa

matahari dan bulan bukan sahaja bergerak, tetapi ia mempunyai paksi atau

garis peredarannya yang tersendiri. Begitu terperinci penerangan yang

dijelaskan oleh Al-Quran namun masih ada ramai yang dak mahu beriman.

Penerangan ini tercatat dalam 


Surah Al-Anbiyaa' Ayat ke-33 dan Surah Yaa Siin Ayat ke-38

seperti berikut;


Surah Al-Anbiyaa' - سورة الأنبياء 



“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiyaa' Ayat Ke-33)


Surah Yaa Siin - سورة يس



“Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.” (Yaa Siin Ayat Ke-38)


3.   Alam semesta yang terus mengembang



Seorang ahli fizik daripada Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi

daripada Belgium, George Lemaitre mengeluarkan satu teori bahawa alam

semesta terus berkembang dan teori ini disokong oleh data persamaan

matemak. Penemuan yang berlaku pada awal abad ke-20 juga disokong oleh

ahli kosmologi terkenal, Stephen Hawking dalam perjalanannya mencari

permulaannya alam semesta.

Penemuan ini juga tertulis dalam Al-Quran membukkan bahawa Islam

merupakan agama yang benar kerana sudah banyak penemuan dijumpai yang

sudah diketahui oleh umat Islam. Namun, penemuan ini masih lagi dak

berjaya meyakinkan ahli kosmologi yang rata-ratanya dak mempercayai

Tuhan atau atheis.




Surah Adz-Dzaariyaat Ayat ke-47 menerangkan tentang berkembangnya alam

semesta.

 

Surah Adz-Dzaariyaat - سورة الذاريات (Ayat ke-47)


“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” (Adz-Dzaariyaat Ayat ke-47)


4.   Rahsia Besi



Besi yang kita banyak manfaatkan hari ini sebenarnya dak dibuat di bumi

atau galaksi kita. Ini kerana Bima Sak yang kita nggal pada hari ini dak

mampu dan dak mempunyai struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi.

Sebenarnya besi diturunkan ke bumi setelah ia dihasilkan di bintang-bintang

luar yang sangat jauh.

Ahli astronomi moden juga menerangkan bahawa logam besi yang ditemukan

di bumi sebenarnya berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.

Logam berat ini dihasilkan dalam bintang-bintang raksasa ini disebabkan

faktor kesesuaiannya menahan suhu yang nggi dan sebagainya.

Rahsia besi ini sudah tertulis dalam Al-Quran di mana ayat ini dengan jelas

menerangkan bahawa besi "diturunkan" bukan dijadikan. Dalam surah ini juga

menjelaskan bahawa manusia akan menggunakan besi ini kerana "manfaat"

yang ada besi kerana sifatnya yang "kuat".

Potongan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Hadiid Ayat ke-25


Surah Al-Hadiid - سورة الحديد


“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Surah Al-Hadiid Ayat ke-25)


5. Cap Jari



Manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza setiap seorang

 walaupun terdapat 7 billion manusia di bumi ini.

 Malah ini hanya manusia zaman sekarang, 

tidak dikira lagi manusia yang datang daripada zaman sebelum

 ini setelah manusia hidup di bumi berapa ribu tahun yang lalu. 

Bayangkan setiap manusia ini mempunyai cap jari yang berbeza setiap orang.

Perbezaan cap jari ini dimanfaatkan oleh ahli ilmuwan untuk mencipta alat-alat yang mampu mengesan cap jari setiap orang. 

Cap jari juga banyak digunakan untuk meningkat tahap sekuriti

 dalam pelbagai alat seperti Iphone, kad pengenalan dan sebagainya.

 Kekuasaan Allah mencipta cap jari setiap orang dalam bentuk

 berbeza ini sungguh hebat dan sangat unik.

Dalam ayat Al-Quran jelaskan menerangkan bahawa Allah mampu

 menyusun jari-jari kita dengan sempurna dan tidak satu lengkungan

 jari kita yang sama dengan orang lain walaupun kembar kita sendiri.


PART 1


PART 2

Penerangan ini tertulis dalam Surah Al-Qiaamah ayat ke 3-4.

 

Surah Al-Qiaamah - سورة القيامة

“Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?” (Surah Al-Qiaamah ayat ke-3)



“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).”(Surah Al-Qiaamah ayat ke-4)


6. Langit dan bumi 

berasal dari asap

(Kosmologi) 



Di dalam Surah Fussilat - سورة فصلت (Ayat ke-11)

Allah berfirman:

“Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa (asap) lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" (Fussilat ayat ke-11)

Berhubung ayat ini, 

di dalam kitab al-Asas fit Tafsir, Syeikh Said Hawa berkata,

“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah di dalam bentuk gas seumpama asap. Pandangan yang seperti ini boleh dianggap sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan di dalam al-Quran”.

Kajian pada hari ini menunjukkan bahawa asal-usul kejadian bumi serta bintang bintang ada perkaitan dengan asap. Asap ini mengandungi ‘gas-gas tertentu serta habuk kosmik’.

Berhubung dengan ini, 

dalam laman sesawang NASA di

(http://science.nasa.gov/astrophysics/focus-areas/how-do-stars-form-and-evolve/)dilaporkan,

bintang-bintang berasal daripada gumpalan asap yang panas yang mengandungi gas dan habuk. 

Bahan-bahan ini melahirkan bintang-bintang (termasuk matahari). 

Baki daripadanya melahirkan, antaranya, planet-planet (termasuk bumi).


     Pengerusi Jawatankuasa Mukjizat Saintifik di dalam al-Quran dan Sunnah (Mesir),

Profesor Dr. Zaghloul an-Najjar, 

dalam tulisannya bertajuk The Cosmic Smokeberkata,

 “(Penggunaan pelbagai teknologi canggih) membantu ke arah mengenal pasti asap di angkasa yang terhasil selepas berlakunya Big Bang. Ia jelas menunjukkan kalimat dukhan (asap) yang digunakan al-Quran menceritakan keadaan alam di peringkat awal dahulu dengan tepat sekali.” 

Yang jelas ialah, tidak mungkin fakta kosmologi ini diketahui Nabi 1400 tahun dahulu tanpa bantuan wahyu.


7. Kejadian gunung-ganang (Geologi)



Dalam Surah An-Naba' - سورة النبأ (Ayat ke 6-7)

Allah berfirman:


“(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?”

( Surah An-Naba' Ayat ke-6)


Dalam Hans Wehr : A Dictionary Of Modern Written Arabic, (autaad) diertikan sebagai

“pegs, pins” yang bermaksud “pasak, paku”.

Selama ini gunung didefinisikan sebagai satu kawasan tinggi di atas muka bumi.

Dalam A Dictionary of the Natural Environment (Monkhouse & Small, 1978), gunung ialah 

“kawasan tanah yang tinggi di atas bumi kebiasaannya (iaitu di

 Britain) melebihi ketinggian 600 meter (2000 kaki).”

The New Encyclopedia Britannica mendefinisikan gunung sebagai

 “kawasan bumi yang lebih tinggi berbanding kawasan-kawasan yang lain.” 

Demikian juga yang didefinisikan oleh Encyclopedia Americana.

Justeru kesemua definisi tentang gunung ini memfokuskan tentang aspek tanah tinggi di atas bumi dan langsung tidak menyentuh tentang akarnya di bawah bumi. 

Tiba-tiba Al-Quran menyatakan bahawa gunung adalah autaad seumpama pasak atau paku yang dibenamkan ke dalam sesuatu.

Sekali gus Al-Quran menunjukkan bahawa gunung-ganang,

di samping merupakan kawasan tinggi di atas bumi, ia juga mempunyai akar

di bawah bumi yang berfungsi seperti pasak.

Sains moden mula menyedari bahawa gunung mempunyai akar di bawah bumi bermula abad ke-19 Masihi. 

Dalam sebuah buku yang menjadi rujukan di banyak universiti di dunia bertajuk Earth karangan Frank Press and Raymond Siever,

dinyatakan dengan jelas bahawa gunung ganang mempunyai akar yang menunjang ke dalam bumi. 

Demikian juga yang dinyatakan dalam buku Earth Science karangan

Edward J. Tarbuck dan Frederick K. Lutgens.

Berhubung perkara ini, Syeikh Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata,

“(Berhubung ayat Al-Quran yang menyatakan gunung ganang mempunyai autaad atau akar), ia memang menampakkan Al-Quran mukjizat kerana ilmu geologi hanya baru baru ini mengesahkan hakikat gunung ganang sebenarnya mempunyai akar di dalam bumi.”


RUJUKAN